My Follower~

Monday, December 12, 2011

Contest Candid Gambar Misz Speacky !




assalamualaikum n hye...


hari ni saya join Contest Candid Gambar Misz Speacky !

kalau nak join sila klik disini. eyh sory bukan disini tapi sila klik sini pula ok.
ikut jew syarat-syarat dia dan done.

Syarat-Syarat Contest Candid Gambar Misz Speacky !

♥Wajib follow blog MS !♥
♥Like Fesbukk MS (SINI) !♥
♥Terbuka kepada semua lapisan umur ! Tak kira lelaki @ perempuan .♥
♥Kategori :- Perempuan/Lelaki/Best Friend/Couple !♥
♥Buat 1 entry pasal de contest !♥
♥Gambar2 anda akan MS upload kat page MS . So,kira wajiblah Like Fesbukk MS♥
♥Pemenang akan di nilai mengikut kualiti gambar anda .♥
♥Tarikh tutup de contest :- 31 Dec 2011♥

Saturday, August 20, 2011

THANKS kak lyssa~

Assalamualaikum~:131:

fuh!Dah lama rasanya tak update belog aku nih,,dah berhabok-habok pun ada,sawang lagilah banyak..
tujuan aku update belog nih pun cos nak promote kat korang satu belog akak nih,,kat belog dye macam-macam ada~
tuto,tips n dye jugak boleh tolong editkan belog korang taw,,tapi bukan free kne bayar lah,,
aku jugak nak berterima kasih kat dye cos aku dh pkai tuto dye..
nih hah belog akak tuh!


:65:cik Lyssa:66:
korang lawat-lawat lah belog akak nih..dye baik kot..korang nak tuto ape..?
macam-macam korang boleh dapat~
okeyh aku chow dlu..nnti kalo aku rajin aku cerita lagi banyak..
wassalam...


:128:



Tuesday, August 2, 2011

:D sElAmAT MEyAmBuT RAmadhAN




s. ELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN .....
TO all my friends........
e. njoy my pic...

Saturday, May 7, 2011

KiTA IbaRaT SEbaTANg pENsil

Kita diciptakan Allah SWT dengan tujuan untuk mentadbir bumi dan beribadah kepadanya serta berbakti kepada sesama manusia. Kita adalah sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini bodoh. Setiap daripada kita mempunyai kemahiran serta kepandaian yang tersendiri. Janganlah mudah putus asa dengan kelemahan diri. Jadikan lah segala kekurangan sebagai pemangkin untuk memperbaiki segala kelemahan. Dugaan dan cabaran sentiasa datang silih berganti. Hadapi segalanya dengan minda yang positif dan selalulah lihat sisi positif yang ada pada diri sendiri. InsyaAllah.. kita akan mampu berjaya dan memenuhi fitrah serta tujuan kita diciptakan.
Lihatlah pada sebatang pensel.. Ambillah iktibar daripadanya. Pensel diciptakan untuk menulis dan ia hanya akan menulis seandainya ia membiarkan dirinya dipegang oleh tangan seorang manusia. Baik atau buruk kandungan tulisan itu bergantung kepada si penulisnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita, kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.
Jikalau sebatang pensel itu perlu diasah berulang kali agar sentiasa tajam untuk terus menulis. Masakan pensel itu dapat menulis dengan sempurna jika ia sentiasa berkeadaan tumpul. Begitulah jua dengan kita. Dalam menjalani hidup ini, pasti banyak cabaran dan masalah yang perlu kita hadapi. Semuanya itu semata-mata untuk mendewasakan dan mematangkan kita demi menjadi seorang insan yang tabah, yang tak pernah kenal erti putus asa. Dugaan hidup perlu agar kita dapat membina kekuatan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
Jika dilihat, kebiasaanya sebatang pensel itu terdapat padanya sebutir pemadam di pangkal yang membolehkannya memadam kesilapan ketika menulis. Begitu juga dengan kita, kita mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan. Andai tersilap langkah, dengan bimbingan, kita mampu memperbetulkannya. Dan cubalah untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Kita bukanlah insan yang seratus peratus sempurna. Kita pasti akan melakukan kesilapan. Apa yang penting, kesilapan itu harus diperbaiki. Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik. Usah jatuh ke lubang yang sama dua kali.
Bagi sebatang pensel, isi dalamnya lah yang membolehkan ianya berfungsi menulis. Tanpa rod karbon yang terdapat di dalamnya, pasti pensel tidak akan mampu menulis. Samalah seperti kita, faktor dalaman yakni hati dan rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya. Minda positif yang tersemat dalam pemikiran beserta kekuatan jiwa yang ampuh pasti akan menggerakkan fizikal kita untuk beribadah dan bekerja bersungguh-sungguh. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya.
Tidak kira pada apapun permukaan atau jenis kertasnya, pensel akan tetap meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensel itu akan terus digunakan untuk menulis. Begitulah juga dengan kita, pada apa jua situasi, teruslah berbakti dan meninggalkan kesan serta manfaat yang positif untuk orang-orang di sekeliling kita. Janganlah sekali-kali meninggalkan kesan yang buruk dan mengundang benci orang pada kita. Jangan kita menyakiti hati mereka di sekeliling kita. Tunjukkan lah sikap yang positif agar orang menghargai kita.
Bersyukurlah dan hargailah kekuatan diri sendiri agar kita dapat terus berbakti. Itulah tujuan hidup ini. Berilmu untuk berjasa dan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jadikan iman, akhlak dan syariat sebagai tunjang kehidupan. Hargailah diri sendiri agar orang menghargai diri kita.. kita ini istimewa dan sentiasalah berusaha untuk memenuhi tujuan mengapa kita ini diciptakan

Tuesday, May 3, 2011

Out of Tapah (kuala Lumpur)






salam u guys....

1 Mei aritu ak g kl gn family ak
ak g sana nak ambik akak ak dah abis blajar
pnt gk ar cri umah kwn akak ak
and sblm blik tapah ak singgah kt restoran jejantas
n kat tanjung Malim



......enjoy my picture.....